Bangunan MITC Di Ayer Keroh Melaka

Bangunan MITC Melaka

Pengenalan

Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah dibuka oleh Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd. Rustam pada Jun 2003. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) adalah satu pusat perdagangan yang terunggul dan pusat MICE (meetings, Incentives, convention, and Exhibitions) yang memainkan peranan penting dalam pembangunan perdagangan dan mencapai impian Melaka Maju 2010. Dengan perkembangan dan kewujudan dalam perusahaan MICE, kami yakin bahawa masyarakat Melaka umumnya dapat manfaat dengan aktiviti serta acara yang berlangsung di MITC.

Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang berprestij ini adalah satu MICE yang memberi perkhidmatan antarabangsa dan kebangsaan berserta peralatan dan perkhidmatan yang lengkap. Seni bina yang menakjubkan itu mampu memunggah serta mudah membawa keluar masuk barang pameran disamping itu ia juga mempunyai dewan pameran terluas di Bandar Melaka.

Kemudahan & Perkhidmatan

  1. Bilik Mesyurat
  2. Dewan Pameran
  3. Ballroom Utama
  4. Auditorium
  5. Bilik Lembaga Pengarah
  6. Bilik VIP
  7. Pusat Perniagaan
  8. Kawasan Meletak Kenderaan
  9. Dataran
  10. Lobi
  11. Kiosk
  12. Orange Cafe

Telekomunikasi

Pusat di mana anda boleh melayari internet pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan alat-alat telekomunikasi yang canggih melalui Wi-Fi. Kami menawarkan teknologi komunikasi jalur lebar untuk keseluruhan bangunan MITC tanpa mengenakan sebarang bayaran. Dengan kemudahan internet dan ISDN, 200 penyambungan PABX sistem dan fibre optics, anda boleh melayari di mana-mana kawasan di kesuluruhan bangunan. Tambahan lagi, kami sentiasa memberi bantuan kepada penganjur dengan kemudahan telekomunikasi dan perkhidmatan bantuan.

Audio Visual dan Technical

MITC dilengkapi dengan teknologi audio visual terkini dengan kelebaran video yang luas dan infrastruktur data kabel. Ianya juga dilengkapi dengan peralatan video yang berkualiti dan audio visual profesional untuk membantu dalam sebarang persidangan, seminar, pembentangan dan drama teater. Dengan kemudahan yang serbaguna, kami telah membina skrin yang dilengkapi dengan data dan signal kabel dan sistem pencahayaan teater yang mana sesuai untuk sebarang pembentangan.

Keselamatan

Unit keselamatan kami terdiri daripada kakitangan yang terlatih dan memahami struktur dan sistem di MITC. Mereka bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan keamanan, pengawasan lalulintas dan pencegahan kebakaran. Mereka dilatih untuk menghadapi sebarang situasi dan menyediakan perkhidmatan 24 jam di kawasan MITC untuk mengelakkan daripada sebarang jenayah ataupun kecemasan seperti melawan kebakaran dan peti keselamatan.

Peta

Kami sediakan peta dari homestay kami ke Bangunan MITC.

Alamat;

Melaka International Trade Centre
Level 2, Convention Centre,
Jalan Konvensyen, Hang Tuah Jaya, MITC Complex,
75450, Ayer Keroh, Melaka , Malaysia .
Email: generalinfo@mitc.org.my

Anda Perlukan Homestay Di MITC Melaka?

tempahsekarang

Comments are closed.